Bismillah..dengan nama Allah, aku mengharap kalam berisi hikmah, menjadi cahaya memimpin hidayah! Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w dan seluruh keluarga baginda.
Maha Baiknya Allah yang melakar dunia ini dengan warna yang pelbagai. ‘Biru’, merah, hijau, kuning, 'pink' dan jingga membuatkan kehidupan bertambah anggun. Sejenak aku berfikir bagaimana agaknya kehidupan ini andai semuanya berpaut pada satu warna...emmm tentu menggamit jemu, hilang daya penarik bahkan ramai yang bunuh diri sebab bosan dengan kehidupan yang pegun, suram dan tidak ceria...
Masya Allah, warna adalah nikmat..Alhamdulillah syukur! satu nikmat kecil dan terpencil namun meninggalkan impak yang besar dalam kehidupan...aku sendiri lebih 'gembira' melihat siaran TV bewarna berbanding hitam putih, walau pada hitam putih itu ada nilai klasik..hehehe. Mudah-mudahan melihat warna selepas ini bukan sahaja mendapat keindahan atau mendapat ilmu tapi yang penting mendapat iman.
Justeru bersandar pada warna aku memilih ~BiruPink~ sebagai wadah untuk menterjemahkan segala ilusi yang tersirat menjadi bait-bait perkataan yang tersurat. ~BiruPink~ aku ertikan sebagai "dalam nada kelembutan dan keayuan ada nilai ketenangan dan kebahagian". aku melakar ~BiruPink~ dengan warna sebuah kehidupan, tempat berkongsi aneka corak bernama pengalaman, tempat menitip ragam kehidupan berwajah gembira, sedih, suka dan duka yang bernama perasaan. ~BiruPink~ untuk aku, engkau, dia dan semua. Andai ada yang baik maka jadikanlah ia teladan, dan yang buruk itu jadikanlah sempadan. ayuh kita buka lembaran penuh warna sebuah kitab bernama KEHIDUPAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan