Menempuh jalan juang itu,
Bagai memilih untuk hidup terseksa,
Tiada jalan perjuangan berhias suka dan ketawa,
Namun pasti merintis denai berair mata,
Sekali terjun jalannya adalah sehala,
Penuh bisa memarut luka,
Tidak kenal undur mahupun putus asa…
Pesan orang tua-tua,
Andai ingin berjaya,
Jangan takut kalah tapi berani menanggung susah,
Pantang menyerah sebelum melangkah,
Kerana kita keturunan Hang Tuah,
Kita harus gagah,
Kita harus tabah,
Mengukir nama dipersada sejarah…
Perjuangan tidak diiring wang berjuta,
Terkadang tersepit papa kedana,
Merintih, mengemis bagai nak gila,
Menagih simpati ihsan manusia,
Mohon dibela agar tenang buat seketika…
Ketika letih mula bersuara,
Sahabat bertamu berkongsi rasa,
Setia menangis berkongsi duka,
Tidak jemu memasang telinga,
Walau tahu tiada ganjaran berharga,
Membakar bara yang tidak bernyala,
Agar harapan perjuangan yang dibina,
Takkan padam dengan sia-sia…
Nukilan : Wan Aema
Bayt Mahligai
Mu’tah 17-3-11
8.50am