Khamis, Mac 17, 2011

~Harapan Perjuangan~




Menempuh jalan juang itu,
Bagai memilih  untuk hidup terseksa,
Tiada jalan perjuangan berhias suka dan ketawa,
Namun  pasti merintis denai berair mata,
Sekali terjun jalannya adalah sehala,
Penuh bisa memarut luka,
Tidak kenal undur mahupun putus asa…

Pesan orang tua-tua,
Andai  ingin berjaya,
Jangan takut kalah tapi berani menanggung susah,
Pantang menyerah sebelum melangkah,
Kerana kita keturunan Hang Tuah,
Kita harus gagah,
Kita harus tabah,
Mengukir nama dipersada sejarah…

Perjuangan tidak diiring wang berjuta,
Terkadang  tersepit papa kedana,
Merintih, mengemis bagai nak gila,
Menagih simpati ihsan manusia,
Mohon dibela agar tenang buat seketika…


Ketika letih mula bersuara,
Sahabat bertamu berkongsi rasa,
Setia menangis berkongsi duka,
Tidak jemu memasang telinga,
Walau tahu tiada ganjaran berharga,
Membakar bara yang tidak bernyala,
Agar harapan perjuangan yang dibina,
Takkan padam dengan sia-sia…


Nukilan : Wan Aema
Bayt Mahligai
Mu’tah 17-3-11
8.50am

Isnin, Mac 07, 2011

~Susah Yang Tenat~


Sekilas susah rasanya pahit,
Bayang-bayang gelap membuai perit,
Ramai yang lari takut berjangkit,
Selamatkan diri sebelum tersepit,

Kata ibu yang pahit itu ubat,
Supaya manusia peduli nikmat,
Jangan sampai  lupa kiamat,
Tinggal ibadat buat maksiat,
Justeru susah dan pahit berkait rapat,
Menjadi pengingat  adanya akhirat,

Ujian itu kadang-kadang ringan kadang-kadang berat,
Ada juga yang sempit sampai melarat,
Bagi yang berdosa Allah beri taubat,
Bagi yang  taat Allah kurniakan darjat,
Bukannya Allah tidak melihat,
Tapi itulah tarbiah manusia hebat,
Sebenarnya Allah ingin meyukat,
Pergantungan kita bulat atau sekerat-sekerat,

Muhammad Isyraq permata hati umi dengan abi

Tawakal itu mengundang rahmat,
Membawa sinar mengirim berkat,
Agar kita sentiasa beringat,
Ketika susah dijalan penat,
Sesungguhnya Allah ada sebagai Penyelamat,
Maka mintalah penuh semangat,
Singgkirkan jemu yang datang mengugat,
Kerana jemu itu jerat syaitan si laknat,

Kata ustaz dalam susah ada nikmat,
Melatih kita berbuat ibadat,
Ikhlaskan hati tuluskan niat,
Pada sabar yang terikat,
Pada redha yang tertambat,
Ketahuilah pada susah yang tenat,
Sayang Allah berkali lipat,
Merintihlah, bertawakallah  sepenuh tekad,
Kerana sesungguhnya Allah mengetahui apa yang tersirat.



   7/03/2011
~Wan Aema~
Amman-Mutah  (12:25tghari)

Ahad, Mac 06, 2011

~Rindu Sahabat~


Hatiku  berpaut rindu ,
Mengimbau lautan memori, 
Menerjah perjalanan panjang,  
Ditinggal  waktu jauh ke belakang,
Menitip kasih dalam perhubungan,
Mengabadikan  ingatan  yang  takkan luput,
Sekalipun dirantai usang dan sawang,
Kerana  ukhuwah  itu didasari iman,
Engkaulah sahabat disisi perjuangan,
Menegakkan hak menentang kebatilan...


Rindu itu diruntun sendu,
Pada teman, sahabat dan rakan  taulan,
Suatu ketika kita pernah berkongsi,
Satu jalan, satu kepayahan, satu pengorbanan, satu keinginan,
Ampuhnya kita bertahan,
Biar dihenyak badai ujian,
Walau dicabar segala rintangan,
Namun mengalah bukan pilihan,
Kerana kita berjanji atas nama Tuhan,
Cukuplah Dia menjadi sandaran,
Menghitung nilai keikhlasan...


Sendu itu diiring syahdu,
Pada perpisahan yang menusuk kalbu,
Bukan ku pinta tapi terpaksa,
Aku tetap sama walau dianggap berbeza,
Biar aku dikata  tidak setia,
Biar aku dicerca besar kepala,
Namun bukan itu maksud didada,
Kerna ku tahu satu  hari nanti,
Engkau mengerti  jua…!


Coretan Buat Sahabat Kami
          ~Wan Aema~
          Mutah, Jordan

~Sukar Untuk Aku Mengerti~


Sukar untuk aku mengerti,
Setelah cinta kau hulur,
Setelah kasih kau ukir,
Setelah simpulan mula berkait,
Seakan mekar bunga selepas hujan,
Memercik haruman memukau,
Menghias taman di tanah gersang,
Dulunya kering pada rekah-rekah yang kontang,
Kini menghijau menjadi mahligai ditanah yang subur,
Kerana cinta itu,
Kasih itu dan simpulan itu,
Telah dipatri dalam sepinya lisan dan sunyinya perkataan,
Bukan takut untuk memberi  harapan,
Namun aku di batasi keutamaan...


Atas ikrar yang engkau lafazkan,
Aku genggam sebagai janji,
Walau bukan sumpah sehidup semati,
Tapi penantian adalah galang ganti,
Bekal azimat pendinding diri,
Ampuh bertahan apabila diuji,
Hati terkunci bertemankan setia,
Alam berkongsi menjadi saksi,
Aku berkira-kira memasang mimpi,
Moga kasih yang bersemi direstui Ilahi,
Biar ikatan itu tidak di cemari,
Kotoran dosa yang meluntur suci...


Hari yang bergerak silih berganti,
Menjadi minggu, bulan dan tahun tanpa kita sedari,
Walau kita jauh dipisah jarak dan masa,
Tapi ketahuilah bahawa kita dekat sebenarnya,
Itulah dunia kecil milik kita berdua,
Yang punyai dua insan dan tiada ketiga,
Berpaksi pada igauan mimpi,
Menggorak langkah menggapai realiti...


Ketika kasih memuncak,
Perjalanan telah ditinggal jauh,
Ranjau telah banyak dirempuh,
Sudah banyak derita,
Sudah lelah berendam air mata,
Mengharap pengakhirannya cerita gembira,
Tapi kenapa memilih coretan duka?
Kenapa cinta itu di khianati?
Kenapa kasih itu di dustai?
Kenapa simpulan itu di rungkai kembali?
Aku binggung menagih  jawapan,
Yang bisa meleraikan kekusutan,
Menyingkir kekeliruan,
Agar jawapannya menguntum secebis ketenangan.


Coretan  buat teman
6 Mac 2011- 12tghari
~Wan Aema~
Mutah Jordan

Isnin, Februari 14, 2011

~Dadih Isyraq~

Assalamualaikum, ha?? apa pulak kali ni..jom pada sapa-sapa yang belum mencuba buat dadih homemade lagi, leh la cuba dengan resepi kat bawah..memang senang sesangat..sedap pulak tu makan bila dadih sejuk. Jom!!

Feveret Isyraq, 1 tak cukup utk dia..aduii haii anak umie

Bahan-Bahan

1/3 agar2 yang bertali ( bahagikan kepada 3 )- guna 1 bahagian *utk mudah hancur, rendam dahulu seketika
1 liter susu segar
1 1/4 cwn gula ( nak senang guna 17-18 sudu besar )
1.2 liter air
1 sk garam
1 sb tepung jagung
pewarna merah,hijau..atau sape2 nak tambah perisa cokelat buleh campurkan perasa koko@cokelat

Cara Buat

  1. Masak agar-agar dengan air sehingga hancur dan mendidih. Masukkan gula, garam kacau sebati. Kemudian masukkan bahan-bahan lain kecuali pewarna.
  2. Kacau semua bahan menjadi sebati. Tutup api. Bahagikan bahan tadi kepada beberapa bahagian utk di campurkan pewarna...Tuang ke dalam bekas ke sukaan sendiri..sejukkan dalam peti sejuk.
  3. Dadih buleh terhasil dalam 14-15 bekas tinggi..Mengikut pembahagian masing2. Selamat mencuba!

Kesukaan Muhd Isyraq, pantang tahu umie dia buat dadih..tak sejuk lagi dah nak makan.

~Puding Karamel~

Assalamualaikum semua!! Erm...kali ni jom buat puding pulak...sedap makan time puding ni sejuk. Bahan-bahan pun mudah nak dapat dan kejap jer dah siap. Apa lagi..jom mencuba.

Erm, puding baru jer di angkat dlm pengukus

Bahan-Bahan

( Karamel )
5 sb gula ( utk kuahnya )
2 sb air

( Puding )
2 cwn susu cair
2 sb tepung kastard
3 biji telur
1 sk esen vanila

Cara Buat

Karamel
  1. Gula dan air di campur ke dalam loyang, masak di atas api perlahan, sehingga menjadi keperangan.. Setelah campuran perang letakkan loyang ke dalam pengukus yg telah di panaskan selama 10 minit.
Puding
  1. Telur di pukul sebiji demi sebiji..campurkan susu cair, esen vanila, kacau sebati. Akhir sekali masukkan tepung kastard kacau sehingga semua bahan rata. Tuangkan ke dalam loyang karamel tadi...Kukus puding karamel selama 25 minit dengan api sederhana..
  2. Apabila sudah masak. Tuang loyang adunan perlahan ke dalam pinggan yang sesuai. Tunggu sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk..Dah buleh di nikmati selepas itu.



 * Adunan resepi di atas buleh dapat puding karamel seperti gambar kat atas...

~Kek Pelangi~

Assalamualaikum, kali ni jom tengok2 resepi kek pelangi yg simple lagi sedap nii..erm..Kek ni antara kek feveret mak, baby boy aku (Isyraq), aku sendiri dengan sahabat aku..salina. Nak buat kek ni simple jugak..antara nak ngan tak nak jer...walaupun kek ni tak bertoping tapi erm...layannnn bila makan...jom mencuba pada sape2 yang teringin nak rasa...hihihi

Kek yang sedang di bakar dalam oven

Bahan-Bahan

2 cwn tepung naik sendiri @ tepung gandum
1 1/2 cwn gula
5 biji telur
250gm butter @ 2 cwn majerin
1 sk esen vanila
1 cwn susu segar (kdang2 aku guna susu cair jer..)
1 sk soda bikabonat
pewarna hijau, merah & ikut suka nak warna apa

Cara Buat
  1. Pukul butter bersama gula hingga agak kembang, masukkan telur sebiji demi sebiji. Kemudian masukkan esen vanila, pukul perlahan.
  2. Masukan tepung, soda bikabonat dan kacau hingga semua bahan menjadi sebati.
  3. Masukan susu segar @ cair ke dalam adunan, teruskan mengacau..Apabila semua bahan sudah rata, bahagikan kepada 3 bahagian ( utk warnakan adunan )
  4. Loyang pembakar di sapu dengan butter dan taburkan sedikit tepung untuk mengelakkan melekat. Oven pembakar jugak di panaskan terlebih dahulu.
  5. Adunan yang sudah di campur pewarna di tuang mengikut selang-seli ke dalam loyang pembakar..Apabila sudah selesai, buleh lah membakar selama 30-40 minit.

Kek yang sudah siap

Ahad, Februari 13, 2011

~Kek Cokelat Kukus~

Assalamualaikum, jom sama2 kita layan kek cokelat nii. Aku dah buat byk kali dah kek ni x kira event apa pun termasuk ler Muhd Isyraq yg nak makan..hihihi..Simple sangat nak buat...cuba yer..

Kek Cokelat Kukus ku, tak jemu di makan

Bahan-Bahan

3 biji telur
1 cwn gula
1 cwn susu pekat
1 cwn air suam
1 cwn minyak masak
1cwn serbuk koko
2 cwn tepung gandum
1/2 sk soda bikabonat
1/2 sk nescafe ( ikut suka nak guna ke tak, sbb aku tak bubuh )

Cara Buat
  1. Pukul telur bersama gula hingga kembang. Masukkan minyak masak, pukul perlahan. Masukkan susu pekat dan serbuk koko...kacau rata.
  2. Masukkan tepung gandum,soda bikabonat kacau sebati. Tuangkan air suam mengikut sukatan dan jika ingin menambah serbuk nescafe terpulang...Kacau sehingga semua adunan serata..
  3. Loyang disapu sedikit dengan minyak masak untuk elakkan melekat. Dan pengkukus di panaskan 10 minit terlebih awal. Tuang adunan ke dalam loyang kukus selama 25-30 minit, dengan api perlahan. 
  4. Apabila kek sudah siap di kukus..buleh la di hias dengan cokelat topping..
Kek semperna birthday Isyraq yg ke 4 tahun & ulangtahun umi & abi 5 tahun   
Erm...tunggu apa lagi...serang!!
Selamat mencuba dan merasainya.

Rabu, Februari 09, 2011

~Impian Yang Tak Kesampaian~

Assalamualaikum kepada smua pembaca..sedikit kisah untuk berkongsi...Arakian bermula selepas aku menamatkan SPM.. erm...aku sebenarnya bercita-cita untuk menyambungkan pelajaran dalam bidang masakan..sebab minat tahap tak ingat...Tapi apakan daya...mendapat tentangan keluarga...Keadaan ini menyebabkan aku terpaksa akur dengan ketentuan ilahi dan memilih untuk menceburkan diri dalam bidang masak-memasak ni secara underground...Aku mula mengikuti kelas-kelas luar pada hujung minggu yang berlansung tak jauh dengan tempat tinggal keluargaku.

Potongan kemas dari suami tercinta
Pada masa yang sama, aku mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di sebuah kolej swasta, berat nak sambung tapi atas desakan keluarga akhirnya ku gagahi jua. Namun impian besar dalam bidang masakan tidak pernah dilupakan..Al-maklum, minatlah katakan...motivasi menjadi chef hanyalah berinspirasikan ibu tersayang...mak aku pakar masak, malah cukup pro dalam menghasilkan kuih-muih tradisional.

Inilah antara kuih-muih hasil dari tangan mak
Dalam diam aku mencuba resepi mak yang interesting itu...hahaha...kesannya aku mampu menghasilkan pelbagai jenis masakan yang sikit lagi nak sampai standart pro macam mak...hehehe.... Masakan mak memang power terbaik dari ladang gandum jordan!!..Masakan dari tangan seorang ibu sudah tentu penuh dengan kasih sayang...kan? Rindu bangat!! Justeru untuk terus konsisten dalam bidang masak-memasak ni, aku sentiasa mengumpul koleksi buku-buku resepi yang akhirnya menjadi hobi...(dah banyak sangat sampai tak terbuat) hahaha....
Kini aku di perantauan, jauh dari bumi m'sia. terpisah dengan mak yang dulu sering menyediakan hidangan...Aku sekadar pembantu chef waktu itu..hahaha (perasan). Kini, memasak dah jadi kerja harian...dah jadi senior chef (belum ade pengiktirafan dari SIRIM) hahaha ....bila rindu masakan tanah air mulalah tangan ni gatal memegang senduk dan kuali...silap campur jadilah resepi sendiri. Akhirnya aku letak branding ~penawar rindu~ sebagai ingatan masakan mak di tanah air....InsyaAllah satu hari nanti akan ku sambung cita-cita yg belum selesai itu...Terima kasih yang teramat juga buat suamiku..yang selalu memberi sokongan dan dorongan untuk isterimu ini...kalau sedap kena puji selalu..hahaha! Mekasih Syg.

~Erti Pengorbanan Antara Dua Cinta~

Islam terlalu kaya dengan sejarah yang menghiasi jatuh bangunnya. Pelbagai peristiwa, suka dan duka terukir di dalam lembaran sirah. Wa imma, sirah para anbiya’ mahupun sirah tokoh-tokoh besar Islam. Aidil Adha, atau istilah Melayunya, Raya Korban atau Raya Haji, setiap tahun di lalui. Kisah Nabi Ibrahim dan keluarga sering meniti laju di bibir para umat. Sebuah kisah yang tidak asing lagi, seingat saya, semenjak dari Taski, sirah para rasul telah menjadi kebiasaan halwa telinga. Cumanya setelah dewasa, ke atas inisiatif kita sendiri untuk mencari kebenaran di sebalik sirah tersebut lantas memikirkan, apakah hikmah di sebaliknya.

Penyembelihan korban di Parit,Perak
Seandainya, mengorbankan binatang dan di agih-agihkan dagingnya itu, teranggap di sisi kita sebagai sebuah pengorbanan yang besar, apakah kita lupa, sepanjang tahun kita telah berkorban untuk makan. Dan apakah hikmahnya anjuran korban hanya untuk MAKAN?

Justeru kali ini, suka saya untuk berkongsi dengan pembaca dari sudut pandang yang lain dari biasa. Alkisahnya, bapa kita, Nabi Ibrahim A.S tidak mempunyai anak bersama isteri pertamanya, Sarah, sehingga usianya agak lanjut. Lalu, menikahlah baginda bersama Hajar, seorang wanita hamba sahaya. Dengan iradatullah, hamilah Hajar dan melahirkan Ismail A.S. Betapakah kegembiraan seorang bapa yang telah tua tanpa memperoleh  zuriat sebelumnya, dapat di ukur. Di cintainya anak yang lahir itu dengan sepenuh jiwa. Lalu, kerana cintanya yang mendalam itu, telah sedikit menggugat cinta agung yang sepatutnya. Dengan asbab itu, di ujilah Nabi Ibrahim. Ujian yang bukan kepalang. Iaitu menyembelih anaknya sendiri. Apakah yang lebih menyedihkan dari itu. Anak tersayang untuk di korbankan. Lantas, ketaatan kepada Tuhan mengatasi segalanya. Dan berjayalah Ibrahim A.S menjalani ujian Tuhan.

Lalu, mari kita bandingkan pula dengan Khatimu Al-Anbiya’. Mengapakah tidak datang ujian itu kepadanya. Apakah Rasulullah tidak mencintai mana-mana batang tubuh dengan penuh rasa kecintaan? Lupakah kita kepada Ummul Mukminin Khadijah? Bagaimana besar kecintaan baginda kepada isterinya itu, sehingga setelah wafatnya beliau, ‘Aisyah tetap mencemburui isteri pertama itu. Di sebut-sebut baginda akan nama Khadijah, Ummul Mukminin. Justeru, setelah cinta sebesar itu, mengapa Allah tidak menurunkan perintah sembelih?

Di sinilah kemuncaknya, ibrah yang sangat besar perlu kita ambil. Adapun kecintaan Ibrahim A.S terhadap Ismail A.S, cinta dan sayangnya itu telah menggugat cinta yang asalnya antara Nabi Ibrahim kepada Allah. Manakala, cintanya Rasulullah S.A.W kepada Khadijah pula, adalah cinta yang menyebabkan bertambahnya lagi kecintaan baginda kepada Allah itu sendiri. Khadijah menjadi sebaik-baik isteri yang membantu perjuangan Rasulullah, tstkala di saat tiada siapa yang bersamanya ketika perintah dakwah baru bermula. Lantas, selayaknya & kerana itulah Rasulullah lebih mencintai Khadijah dari isteri-isteri yang lain, selari dengan itu meningkatkan ketaqwaan dan kecintaan baginda kepada Rabbul Jaleel. Dua perbezaan yang tiadalah terlalu ketara, namun memberi impak yang terlalu besar. Dan suruhan sembelihan kepada Nabi Ibrahim jika kita melihat apa yang tersirat, adalah untuk MENYEMBELIH CINTA DUNIA yang terlekat pada sanubari Nabi Ibrahim. Ini melihatkan pada kita, bahawa Allah, adalah cinta agung yang paling utama. Bagaimanakah dalam satu hati, mampu terkumpul dua cinta agung?


Lalu timbul persoalan,apakah Allah itu pula bersifat CEMBURU? Bahkan tidak wahai saudaraku, mustahil bagi Allah untuk bersifat dengan sifat makhluk. Bahkan, jikalau betapa besar dan kasihnya kita pada Allah, tidaklah sekali meninggikan darjat Allah, dan jika tidak pedulinya kita kepada Allah sekalipun, sedikitpun tidak mengurangkan apa-apa bagi Allah. Justeru untuk apa di uji Ibrahim itu, jika Allah tidak CEMBURU?

Mari kita renungi kembali, firman-Nya ;

"Alif laam miim, Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : “kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? <span>(Al-Ankabut 1-2)


Logiknya, ujian untuk memberikan kepastian. Kalau barang-barang, dipastikan keelokannya, pasti akan melalui ujian seperti ISO : 9001 Sirim, barulah kemudiannya di jamin mutunya adalah yang terbaik. Jadi bagi manusia pula, untuk menilai ‘valid’nya iman mereka, sudah pasti perlukan ujian juga, dengan sebab itu, kita yang beriman ini di uji. Dan setelah ini, mari kita timbang tara, dimanakah cinta kita. Kategori Cinta Ibrahim ataupun Cinta Muhammad itu sendiri. Bercintalah dengan ‘bebasnya’, untuk kau lebih mencintai Tuhanmu.

Taqabbalallah Minna Wa Minkum, Selamat Menghayati Erti Pengorbanan.


idea asal : Al-Fadhil Ustaz Mohd Ridzuan B. Khalin
Olahan : Muhammad Izani B. Abdullah B. Othman

Selasa, Februari 08, 2011

~Apa Ada Pada Warna~


Bismillah..dengan nama Allah, aku mengharap kalam berisi hikmah, menjadi cahaya memimpin hidayah! Selawat dan salam kepada  Nabi Muhammad s.a.w dan seluruh keluarga baginda.

           Maha Baiknya Allah yang melakar dunia ini dengan warna yang pelbagai. ‘Biru’, merah, hijau, kuning, 'pink' dan jingga membuatkan kehidupan bertambah anggun. Sejenak aku berfikir bagaimana agaknya kehidupan ini andai semuanya berpaut pada satu warna...emmm tentu menggamit jemu, hilang daya penarik bahkan ramai yang bunuh diri sebab bosan dengan kehidupan yang pegun, suram dan tidak ceria...
Masya Allah, warna adalah nikmat..Alhamdulillah syukur!  satu nikmat kecil dan terpencil namun meninggalkan impak yang besar dalam kehidupan...aku sendiri lebih 'gembira' melihat siaran TV bewarna berbanding hitam putih, walau pada hitam putih itu ada nilai klasik..hehehe. Mudah-mudahan melihat warna selepas ini bukan sahaja mendapat keindahan atau mendapat ilmu tapi yang penting mendapat  iman.



Justeru bersandar pada warna aku memilih ~BiruPink~ sebagai wadah untuk menterjemahkan segala ilusi yang tersirat menjadi bait-bait perkataan yang tersurat. ~BiruPink~ aku ertikan sebagai "dalam nada kelembutan dan keayuan ada nilai ketenangan dan kebahagian". aku melakar ~BiruPink~ dengan warna sebuah kehidupan, tempat berkongsi aneka corak bernama pengalaman, tempat menitip ragam kehidupan berwajah gembira, sedih, suka dan duka yang bernama perasaan. ~BiruPink~ untuk aku, engkau, dia dan semua. Andai ada yang baik maka jadikanlah ia teladan, dan yang buruk itu jadikanlah sempadan. ayuh kita buka lembaran penuh warna sebuah kitab bernama KEHIDUPAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...